Kunci kejayaan bergantung kepada asuhan. Kepakaran saya adalah dalam bidang Personaliti Genetik STIFIn. Saya membantu anda untuk mengetahui karektor, potensi, kelemahan, cara belajar, membina kerjaya dan berkeluarga berdasarkan genetik diri.
BRO A.D
TRAINER & CERTIFIED
PERSONALITI GENETIK STIFIn
Beberapa tahun dahulu saya pernah berjumpa dengan Pakar Psikologi di Hospital UM untuk mengetahui adakah saya mempunyai masalah personaliti. Namun saya kecewa, kerana saya didapati tiada masalah personaliti. Saya juga pernah melakukan perjumpaan dengan seorang Pakar Metafizik untuk mengetahui tentang personaliti diri saya. Saya juga tidak dapat jawapan tentang persoalan tentang siapakah diri saya yang sebenar.
Kenapa saya melakukan tindakan ini;
Kerana ketika itu, saya dalam keadaan “jiwa kacau”. Semua yang saya usahakan tiada hasil. Sentiasa bertukar kerja.
Rumah tangga konflik. Komunikasi saya dengan isteri tidak bagus. Saya lebih banyak memendam dari meluahkan.
Anak sulong saya pula seorang yang dilahirkan Istimewa. Semenjak kelahiran sehingga bertahun berikutnya hospital merupakan rumah kedua saya. Sebagai seorang parent saya risau tentang masa depannya. Apa yang perlu saya lakukan untuk mendidik anak ini supaya dia mampu untuk berdikari.
Namun, saya bersyukur asbab anak Istimewa ini saya bertemu dengan Personaliti Genetik STIFIn.
Seolah-olah saya mendapat kunci bagi menjawab pelbagai persoalan yang membelenggu hidup saya ketika itu.
Otak Dominan adalah bahagian dalam otak yang membentuk pola pemikiran, tingkah laku dan personaliti diri.
STIFIn menjelaskan ada 5 bahagian otak yang disebut sebagai Mesin Kecerdasan (MK). Daripada 5 ini lahir 9 Personaliti Genetik yang setiap satu mempunyai ciri khas.
SENSING : Lokasi berada di bahagian Limbik Kiri Otak
THINKING : Lokasi berada di bahagian Neokorteks Kiri Otak
INTUITING : Lokasi berada di bahagian Neokorteks Kanan Otak
FEELING : Lokasi berada di bahagian Limbik Kanan Otak
INSTING : Lokasi di bahagian Tengah Otak.
1. SENSING INTROVERT (Si)
2. SENSIING EXTROVERT (Se)
3. THINKING INTROVERT (Ti)
4. THINKING EXROVERT (Te)
5. INTUITING INTROVERT (Ii)
6. INTUITING EXTROVERT (Ie)
7. FEELING INTROVERT (Fi)
8. FEELING EXTROVERT (Fe)
9. INSITNG (In)
Anda pasti tertanya, apakah manfaat ujian STIFIn. Berikut adalah antara kesan daripada mengetahui Potensi Diri melalui STIFIn:-
a. Anak yang mengenali diri, mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi
b. Anak yang sebelum ini keputusan akademik tidak bagus berubah menjadi cemerlang apabila mengaplikasikan cara belajar mengikut personalitinya
c. Suami isteri yang hampir bercerai, kini bertaut kembali kerana sudah mula memahami antara satu sama lain.
d. Graduan/Pengganggur yang tidak jelas nak buat apa, kini sudah jelas bidang atau industri yang sesuai dengan personaliti mereka
e. Hubungan dengan anak bermasalah, selesai apabila ibubapa tahu cara yang betul untuk berkomunikasi, menegur dan memotivasikan anak.
f. Masalah "burn out" ibubapa terjawab apabila mengetahui cara sebenar mendidik, berkomunikasi di dalam rumah tangga.
g. Mengenalpasti personaliti kembar yang masing-masing mempunyai kehendak yang berbeza. Ini dapat membantu ibubapa agar tidak menyebabkan anak terasa kerana menggangap mereka sama.
Sebelum itu saya ingin beri amaran, ujian STIFIn bukan untuk mereka yang sudah mengerti personaliti diri mereka. Tidak sesuai juga bagi mereka yang sudah berjaya.
Ujian STIFIn ini hanya dilakukan sekali seumur hidup, Ini kerana keputusan STIFIn adalah muktamad tidak akan berubah. Namun maklumat personaliti tersebut boleh digunakan sepanjang hidup.
Mulakan langkah dengan personaliti STIFIn
1. Sijil Personaliti STIFIn
2. Buku Personaliti STIFIn
3. Boleh ikuti Program anjuran STIFIn
4. Sesi konsultansi selama 1 jam (berkaitan personaliti)
30 minit sesi perundingan (pertanyaan khusus berkaitan cara belajar, pasangan atau apa-apa persoalan/isu yang menjadi kerunsingan pelanggan)
Sila ambil TINDAKAN SEKARANG, tekan butang di bawah SEGERA sebelum SLOT minggu ini habis.
Sekiranya setelah Anda melakukan test STIFIn dan anda merasakan keputusan personaliti itu bukan diri anda maka kami akan pulangkan kembali bayaran tanpa banyak soal.
Berapa kos untuk Ujian STIFIn
Kos ujian STIFIn hanya RM200 seorang. Maklumat boleh digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan seperti cara belajar, memilih kerjaya, rumahtangga dan sebagainya.
Berapa lama ujian STIFIn
Ujian ini hanya mengambil masa sekitar 10-15 minit Sahaja
Ujian STIFIn itu apa
Ujian STIFIn adalah ujian untuk mengenalpasti personaliti berdasarkan otak dominan. Ujian dilakukan dengan mengambil bacaan sidik jari. Kesemua sidik jari akan di “scan” untuk mendapatkan bacaan. Maklumat tersebut akan dianalisa. Dalam tempoh masa 10-15 minit anda akan dapat ketahui personaliti diri Anda.
Apa yang Anda perlu tahu setelah mendapat keputusan STIFIn
Anda akan diberi penerangan menyeluruh berkaitan personaliti diri anda. Termasuk ciri-ciri, kekuatan dan kelemahan diri.
Akan ada juga maklumat khusus sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat tertentu misalnya anda ingin mengetahui cara belajar, memilih kerjaya, hubungan dengan pasangan dll.
Biasanya berapa lama sesi STIFIn
Ujian STIFIn hanya mengambil masa dalam 10-15 minit, selepas itu sesi penerangan. Biasanya tempoh yang di ambil untuk seorang adalah dalam tempoh 1 jam 30 minit.
Umur berapa boleh lakukan ujian STIFIn
Kanak-kanak seawall 3 tahun ke atas sehingga dewasa boleh lakukan ujian ini. Keputusan adalah tetap dan tidak berubah sekalipun anda melakukan kembali ujian ini di kemudian hari.